Celcom telah memaklumkan mengenai gangguan perkhidmatan panggilan suara dan data pada 14 Oktober 2021 bermula dari jam 12 tengah malam hingga 6 pagi.
Menerusi laman penyelenggaraan syarikat telekomunikasi berkenaan, gangguan ini disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan rangkaian yang akan dilakukan.
Sesetengah kawasan dijangka akan mengalami kesan dari gangguan perkhidmatan di sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan. Dalam pada masa yang sama, sesetengah kawasan di Sabah dan Sarawak juga mengalami gangguan perkhidmatan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan.