Utama Android Samsung Di sebalik tabir cara bagaimana Samsung menguji ketahanan Galaxy Z Fold3...

[Video] Di sebalik tabir cara bagaimana Samsung menguji ketahanan Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G

43
0

Pengguna di seluruh dunia mengkagumi rekaan revolusioner peranti boleh lipat terkini dari Samsung, Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G. Tumpuan utama pastinya pada faktor rekaannya yang lain dari yang lain.

Namun, untuk menghasilkan sesuatu yang digemari pengguna, Samsung perlu membangunkan kaedah inovatif baharu dalam menguji peranti-perantinya.

Ketiadaan blueprint terdahulu yang boleh dicontohi, Samsung menghabiskan bertahun-tahun untuk menjalankan beribu-ribu pengujian. Serta bergantung pada pelbagai perspektif dan membangunkan kaedah baharu yang lebih segar bagi tujuan tersebut.

Hasilnya, Samsung telah mampu membangunkan material baharu seperti Armor Aluminium. Malah mampu mengoptimumkan komponen sedia ada pada lapisan panel paparan bagi mengekalkan piawaian kelasakan tertinggi setakat ini.

Ujian kelasakan untuk Samsung Galaxy Z baharu

Pengujian inovatif dan berteknologi tinggi dari Samsung ini turut merangkumi:

  • Ujian kebuk persekitaran (environmental chamber)
  • Ujian kerintangan air IPX8
  • Ujian kebolehgunaan S Pen
  • Ujian lipatan

Ujian kebuk persekitaran dilaksanakan bagi tujuan memastikan fungsi seperti main semula video dan kompnen seperti kamera dapat digunakan dengan baik dalam pelbagai iklim. Baik di dalam keadaan kering atau lembap, mahupun dalam iklim panas atau sejuk.

Kerintangan air pula perlu diuji bagi memastikan telefon pintar boleh lipat tahan air pertama ini mampu bertahan walaupun di dalam pelbagai posisi lipatannya, termasuk Flex Mode.

Melalui ujian melukis menggunakan S Pen, Samsung memastikan prestasi digitizer di dalam seluruh paparan, termasuk paparan dalamannya kekal tinggi.

Juga, sesuai dengan namanya, peranti siri Galaxy Z menjalani ujian lipatan yang ketat sehingga mampu bertahan sehingga 200,000 kali lipatan. Ia menyamai penggunaan sehingga 5 tahun jika pengguna membuka-melipat sekitar 100 kali sehari. Ujian melipat ini juga menggambarkan situasi penggunaan sebenar oleh kebanyakn pengguna termasuk membuka dan melipat dengan kedua-dua belah tangan.

Ikuti video berikut bagi melihat di sebalik tabir sebahagian prosedur pengujian yang dibuat oleh Samsung bagi memastikan peranti siri Galaxy Z terkini ini mencapai piawaian tertinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z layari:

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran terkini untuk siri Galaxy Z, kunjungi:

http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-launch-2021/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.