Utama Komputer AMD Kemaskini pertama Windows 11 menyebabkan prestasi CPU AMD menjadi lebih teruk

Kemaskini pertama Windows 11 menyebabkan prestasi CPU AMD menjadi lebih teruk

604
0

AMD telah mengeluarkan peringatan mengenai pemprosesan keluarannya mempunyai masalah apabila menggunakan Windows 11 pada minggu lalu. Kini, kemaskini pertama dari Microsoft untuk sistem operasi baharu ini dilaporkan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

TechPowerUp melalporkan pihaknya mendapati lewahan (latency) lebih tinggi yang membawa kepada kemerosotan prestasi yang lebih teruk.

AMD dan Microsoft telah menemukan dua masalah dengan Windows 11 pada pemprosesan Ryzen. Windows 11 boleh menyebabkan lewahan cache L3 meningkat tiga kali ganda, seterusnya memperlahankan prestasi sehingga 15 peratus pada sesetengah permainan.

Isu kedua pula membabitkan teknologi pengutamaan teras pada pemprosesan AMD. Teknologi ini bertujuan mengalihkan bebenang ke teras paling pantas di dalam sesebuah pemprosesan. Menurut AMD, ralat kedua ini memberikan kesan terhadap tugasan-tugasan yang amat bergantung pada CPU.

TechPowerUp mendapati lewahan cache L3 pada Ryzen 7 2700X sekitar 10ns dan Windows 11 telah menyebabkan ia meningkat kepada 17ns. Keadaan kian menjadi parah selepas kemaskini Patch Tuesday pada 12 Oktober lalu yang menaikkan lewahnya pada 31.9ns.

Kemaskini pembaikan untuk kedua-dua isu pada Ryzen ini dijangka akan hadir pada penghujungn bulan ini. Isu cache L3 ini dijangka akan diambil tindakan oleh Microsoft pada minggu depan dengan ada yang mengatakan kemaskini pembaikan akan diterbitkan pada 19 Oktober.

Untuk masalah berkaitan pemilihan teras di dalam pemprosesan AMD pula akan dibaiki menerusi kemaskini driver AMD pada bulan ini juga.

Keadaan ini agak mengejutkan juga memandangkan Microsoft telah mengehadkan bilangan pemprosesan yang menyokong Windows 11.

Masalah ralat adalah lumrah pada OS-OS yang baru dilancarkan, tetapi ralat yang memberi kesan terhadap prestasi CPU ini sepatutnya telah lama dikesan ketika peringkat pengujian beta umum dahulu. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan pengguna yang terkesan terpaksa menunggu terlalu lama.

SUMBERTech Power Up
Artikel sebelum iniCelcom maklumkan terdapat gangguan Panggilan Suara, Data di sesetengah kawasan pada 14 Oktober ini
Artikel seterusnyaBlack Shark 4S, 4S Pro dilancarkan, Hadir dengan Snapdragon 888+, Butang Bahu Fizikal
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.