Utama Microsoft Cara mendapatkan naik taraf Windows 11 percuma lebih awal

Cara mendapatkan naik taraf Windows 11 percuma lebih awal

1737
0

Selepas berbulan-bulan menjalankan pengujian, Microsoft telah mengeluarkan versi akhir Windows 11 ke saluran Release Preview baru-baru ini.

Langkah ini merupakan langkah terakhir sebelum ia dilancarkan dengan lebih meluas ke peranti-peranti sedia ada pada 5 Oktober ini.

Bagi anda yang tidak ingin menunggu sehingga 5 Oktober ini, anda boleh menaik taraf ke Windows 11 Release Preview di dalam Windows 10. Seterusnya mendapatkan naik taraf ke Windows 11 dengan lebih awal.

Berikut cara menaik taraf ke Windows 11 Release Preview:

  • Semak sama ada PC anda mempunyai ketersesuaian dengan Windows 11 menggunakan Microsoft PC Health App
  • Jika PC anda menyokong Windows 11, anda perlu mendaftar sebagai ahli Windows Insider di laman web Microsoft untuk mendapatkan naik taraf Windows 11 lebih awal
  • Pada PC Windows 10 anda, pergi ke Settings > Update & Security > Windows Insider Program.
  • Klik pada butang Get Started dan pautkan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk mendaftarkan sebagai ahli Windows Insider tadi.
  • Apabila diajukan untuk memilih tetapan Insider anda, pilih ‘Release Preview Ring’
  • Sahkan dan setuju dengan terma dan syarat Microsoft. Kemudian, restart PC anda
  • Selepas PC anda dihidupkan semula, pergi ke Settings > Update & Security. Anda akan melihat satu banner baharu dengan pilihan kemaskini ke Windows 11
  • Klik pada muat turun dan pilihan pemasangan. Ikuti arahan berikutnya untuk menadapatkan Windows 11 awal

Sebaik sahaja anda selesai menaik taraf ke Windows 11, anda boleh pergi ke Settings > Windows Update dan pilih “Stop getting preview builds” bagi mengeluarkan anda dari kemaskini ‘preview’ Windows 11 dan mengekalkannya sebagai versi akhir.

Microsoft juga telah menerbitkan fail ISO untuk versi akhir Windows 11 build 22000.194. Anda boleh memuat turun fail ISO berkenaan bagi pemasangan ‘clean install’ Windows 11 dari laman web Microsoft Windows Insider.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.