Utama Telco Astro Astro umum kerjasama dengan TM; Langkah awal ke arah menjadi Penyedia Perkhidmatan...

Astro umum kerjasama dengan TM; Langkah awal ke arah menjadi Penyedia Perkhidmatan Internet

78
0
Astro dan TM Penyedia Internet

Astro dan TM telah menandatangani perjanjian yang membenarkan syarikat TV satelit ini menggunakan infrastruktur jalur lebar TM. Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah Eksekutif Astro, Henry Tan turut menyatakan kerjasama ini akan membuka ruang kepada Astro menjadi penyedia perkhidmatan internet.

Berdasarkan dokumen yang telah difailkan ke Bursa Malaysia, kedua-dua syarikat telah bersetuju untuk:

  • Penyediaan perkhidmatan Rangkaian Layer 3 High-Speed Broadband (HSBB) untuk membolehkan Astro menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar kepada penggunanya.
  • Optical Bandwidth (OBW) bagi ketersambungan backhaul connectivity untuk perkhidmatan High-Speed Broadband Access (HSBA) antara rangkaian TM dan rangkaian  Astro.
  • IP Transit (IPT) untuk ketersambungan akses internet kepada Astro untuk menyediakan perkhidmatan internet kepada pelanggannya.
  • Wholesale Ethernet (WSE) untuk ketersambungan ke tapak ujian Astro bagi tujuan pengujian rangkaian jalur lebarnya.
  • Penyediaan Content Delivery Network (CDN)  untuk menyediakan kandungan Astro kepada para pelanggannya.

Ini bukanlah kali pertama kedua-dua pihak menandatangani perjanjian utama antara satu sama lain. Pada 2013 dahulu, Astro telah bersetuju untuk menyediakan sebahagian kandungannya kepada perkhidmatan IPTV TM. Ia merangkumi perlawanan Liga Perdana Inggeris dan rancangan terbitan Astro terpilih. Usahasama tersebut dijalankan sehingga 2016.

Sebelum ini Astro pernah menawarkan pakej pukal jalur lebar dan TV satelit/IPTV kepada pelanggannya menerusi kerjasama dengan TIME Internet, Maxis dan Allo. Namun, pakej berkenaan merupakan gabungan pakej kandungan dari Astro dengan perkhidmatan internet jalur lebar dari syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.