Kemahiran melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa pastinya amat ditagih oleh kebanyakan dari kita kerana kemampuan dapat menyiapkan pelbagai kerja secara serentak.
Ia sukar, namun tidak mustahil. Apa yang anda perlukan adalah peranti yang bersesuaian dan Samsung menawarkan sesuatu yang mungkin anda hajati.
Peranti tersebut membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan dengan baik pada bila-bila masa. Anda boleh menonton filem dalam satu tetingkap, berborak dengan kenalan tentang filem berkenaan di tetingkap yang lain atau dalam pada masa yang sama, boleh menghantar emel yang mustahak pada ketika itu juga dalam satu peranti yang sama.
Sebelum anda mengatakan “laptop pun boleh buat benda tu jugek,” harus diingatkan peranti berkenaan boleh dimuatkan ke dalam poket anda dengan mudah. Tambahan pula, ini bukanlah satu-satunya kehebatan yang ditawarkan oleh peranti berkenaan, malah ia lebih dari itu!
Nantikan sesuatu yang menarik akan diperkenalkan dengan menonton acara Galaxy Unpacked berikutnya di www.samsung.com/my, Samsung Malaysia Facebook, Samsung Malaysia YouTube, dan Samsung Malaysia Newsroom pada 10 Ogos, Rabu, 9 malam waktu Malaysia.
Bermula dari sekarang hingga 10 Ogos ini, daftarkan minat anda di https://www.samsung.com/my/unpacked/ to untuk mendapatkan maklumat terkini secara terus berkenaan inovasi baharu Samsung. Malah, anda juga menerima e-baucar Samsung bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk pra-pesanan peranti Galaxy anda yang akan datang.