Utama Mobile Aplikasi Winamp kini kembali lagi! Hadir dengan sokongan Windows 11 dan sedia untuk...

Winamp kini kembali lagi! Hadir dengan sokongan Windows 11 dan sedia untuk dimuat turun

49
0
Winamp-5.9-RC1-Dilancarkan

Winamp pernah mati, kemudian dia datang kembali. Lepas tu dia mati balik dan kini dia datang sekali lagi melalui Winamp 5.9 dan sedia untuk dimuat turun. Kedatangannya mungkin mengubat rindu pengguna-pengguna veteran PC di era MP3 dan mungkin mendatangkan kemusykilan bagi pengguna-pengguna baharu yang biasa menstrim lagu melalui aplikasi seperti Spotify.

Sebelum ini peminat muzik mendapatkan muzik digital di dalam bentuk fizikal seperti cakera padat (CD) sebelum beralih ke bentuk fail berformat MP3 yang lebih mudah dipindahkan di atnara peranti komputer mahupun telefon bimbit. Fail berformat MP3 lebih kecil saiznya jika dibandingkan dengan format yang disalin terus dari CD.

Pun begitu, fail-fail muzik berformat MP3 ini kemudiannya menimbulkan masalah cetak rompak apabila lambakan fail berkenaan telah disalin dan dikongsikan menerusi aplikasi seperti Napster, Limewire, Kazaa dan sebagainya pada awal millenium dahulu.

Bagi peminat-peminat muzik yang gemar menikmati melalui peranti digital seperti PC, aplikasi Winamp merupakan pilihan utama atas faktor ringan dan mesra pengguna berbanding aplikasi pemain media pada ketika itu.

Zaman penstriman ubah gaya pengguna menikmati muzik

Lama kelamaan, industri muzik telah menemukan kaedah menjual fail muzik yang selamat secara dalam talian dan mula beransur ke arah perkhidmatan penstriman muzik. Keperluan untuk menyimpan ribuan fail-fail media di dalam sesebuah peranti dan pemain media tunggal seperti Winamp kian pudar ketika dunia mula beralih ke arena penstriman muzik.

Aplikasi Winamp kerap bertukar ganti pemilikannya dengan pembangunan aktifnya tamat pada versi 5.666 yang diterbitkan pada penghujung 2013.

Empat tahun kemudian pada 2018, Winamp 5.8 telah diumumkan dengan pembangunnya menjanjikan kemaskini besar untuk menyertakan ciri-ciri yang lebih moden seperti penstriman awanan. Kini, Winamp 5.9 RC1 Build 9999 boleh dimuat turun menerusi ruangan forum Winamp.

Perubahan Winamp baharu ini bukan sekadar pada rupa luarannya, malah turut melibatkan kod asasnya yang telah dinaiktaraf dari Visual Studio 2008 kepada Visual Studio 2019. Oleh itu, versi yang terkini ini memerlukan keperluan sistem operasi minima sekurang-kurangnya Windows 7 SP1. Pengguna yang masih lagi menggunakan Windows XP dan Vista mungkin perlu mendapatkan Winamp versi lama.

Teknologi perkomputeran telah menyaksikan pelbagai perubahan besar sejak zaman kegemilangan Winamp. Beberapa penambahbaikan dari segi visual mungkin masih lagi diperlukan bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa.

SUMBERBleeping Computer
Artikel sebelum iniBestnya bila dapat siapkan banyak kerja sekaligus!
Artikel seterusnyaTNB akan sediakan Stesen Mengecas EV di sepanjang Lebuhraya PLUS
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.