Utama Android Asus Asus Zenfone 9 tidak akan dilancarkan di Malaysia

Asus Zenfone 9 tidak akan dilancarkan di Malaysia

387
0
ASUS-Zenfone-9-Dalam Genggaman

Bagi anda yang berhasrat memiliki peranti yang lebih kecil, pelancaran ASUS Zenfone 9 mungkin dinanti-nantikan oleh anda. Telefon pintar yang dilancarkan pada minggu lepas ini menampilkan bentuk faktor 5.9-inci yang sememangnya muat untuk digenggam oleh kebanyakan pengguna.

Pun begitu, pengguna-pengguna di Malaysia mungkin berdepan dengan kekecewaan apabila ASUS tidak akan membawakan Zenfone 9 ini ke pasaran tempatan, menurut laporan dari Amanz.

Perkara ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia kerana sebelum ini ASUS Zenfone 8, generasi sebelumnya iaitu Zenfone 7 tidak memasuki pasaran tempatan. Malah, generasi sebelumnya iaitu Zenfone 6 juga tidak dijual di Malaysia secara rasminya.ASUS-Zenfone-9-ZenTouch Malaysia

Terdapat pelbagai andaian mengapa perkara ini terjadi. Antaranya adalah kemungkinan ASUS kini sedang memberikan tumpuan terhadap model telefon pintar permua keluarannya, siri ROG Phone 6. Ia juga mungkin bagi mengelakkan produk-produk keluarannya bersaing sesama sendiri di pasaran.ASUS-Zenfone-9-Tak Masuk Malaysia-1

Apa pun, peminat telefon-telefon pintar bersaiz kompak mungkin sedikit kecewa apabila pilihan untuk mendapatkan Zenfone 9 tidak kesampaian buat masa ini. Tidak dapat dipastikan jika pihak ASUS akan mengubah fikiran di masa akan datang untuk membawa telefon pintar ini ke pasaran tempatan kelak.

SUMBERAmanz
Artikel sebelum iniTerangi Dunia Anda dengan LG OLED Evo Yang Baharu
Artikel seterusnyaBestnya bila dapat siapkan banyak kerja sekaligus!
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.