Utama Mobile Aplikasi Sistem Pembayaran Online untuk Lesen Memandu, Cukai Jalan dalam aplikasi MyJPJ akan...

Sistem Pembayaran Online untuk Lesen Memandu, Cukai Jalan dalam aplikasi MyJPJ akan diperkenalkan tidak lama lagi

520
0
MyJPJ Aplikasi Lesen Cukai Jalan Online

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini telah mengumumkan sistem pembayaran dalam talian untuk Lesen Kenderaan Motor (LKM, atau Cukai Jalan) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Buat masa ini, sistem berkenaan masih di dalam peringkat pengujian bagi memastikan kelancarannya.

Menurut laporan dari Bernama, Anthony Loke menyatakan sistem pembayaran dalam talian berkenaan telah melepasi peringkat bukti konsep (Proof of Concept, PoC). Sistem berkenaan akan ditawarkan menerusi sistem aplikasi MyJPJ kelak.

Beliau juga menyatakan pelaksanaan pengujian ini perlu dilakukan bagi memastikan sistem ini benar-benar lancar dan tidak akan tergendala dalam keadaan jumlah trafik yang tinggi.

Dalam pada masa yang sama, menteri berkenaan turut menyatakan pelancaran mod paparan digital LKM dan LMM Februari lalu telah membantu mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter JPJ.

Pemilik kenderaan bagaimanapun boleh memohon untuk mendapatkan salinan fizikal lesen dan cukai jalan masing-masing terutamanya bagi yang ingin memandu ke luar negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.