Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan terima Persijilan dari Biro Piawaian India

Samsung Galaxy S23 FE dilaporkan terima Persijilan dari Biro Piawaian India

92
0
Samsung Galaxy S23 FE Render

Samsung Galaxy S23 FE telah diperkatakan kehadirannya ke pasaran sejak pelancaran siri Galaxy S23 pada awal tahun ini. Kini, telefon pintar edisi peminat ini dikatakan akan dilancarkan di India dalam masa yang terdekat ini.

Menurut portal MySmartPrice, Samsung Galaxy S23 FE telah menerima persijilan dari Biro Piawaian India (BIS). Persijilan ini merupakan langkah penting yang perlu dilakukan oleh mana-mana pengeluar yang ingin membawa masuk produk ke dalam sesebuah negara.

Berdasarkan desas-desus di kalangan warga maya, Galaxy S23 FE dilihat lebih cenderung ke arah telefon pintar peringkat menengah berdasarkan imej pengolokan yang disebarkan.

Untuk pemprosesannya pula ia bergantung di mana negara ia dipasarkan. Kebanyakan pasaran akan menerima varian pemprosesan Samsung Exynos 2200 dengan selebihnya menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1. Ia juga dijangka akan hadir dengan kamera utama 50MP, RAM 6GB atau 8GB, storan pilihan 128GB atau 256GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan 25W.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.