Utama Mobile Telco Fahmi Fadzil umumkan Pakej RAHMAH 5G Baharu dengan 60GB serendah RM60 sebulan

Fahmi Fadzil umumkan Pakej RAHMAH 5G Baharu dengan 60GB serendah RM60 sebulan

176
0

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada hari ini telah mengumumkan Pakej RAHMAH 5G baharu dan Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam. Semalam, beliau telah mengumumkan berita baik untuk penjawat awam berkaitan dengan pelan pascabayar telekomunikasi.

Menurut Fahmi Fadzil, setiap rakyat Malaysia boleh mendapatkan pakej Postpaid RAHMAH 5G 60GB pada harga serendah RM60 sebulan.

Pakej ini juga didatangkan bersama-sama telefon pintar 5G berharga serendah RM240. Telefon pintar ini turut ditawarkan kepada 100,000 pembeli pertama dari kelompok B40 pada harga serendah RM120.

Dalam pada masa yang sama, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam boleh mendapatkan rebat RM10 sebulan. Rebat ini layak dituntut oleh mana-mana pakej postpaid sedia ada sebagai salah satu usaha Kerajaan Perpaduan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.

Setakat ini tidak diketahui syarikat telekomunikasi mana yang akan terlibat dalam menawarkan pakej ini dan juga tarikh mula pelaksanaannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.