Utama Mobile Aplikasi Astro perkenalkan promosi Pek Premium, Platinum dengan akses ke Disney+ Hotstar, HBO...

Astro perkenalkan promosi Pek Premium, Platinum dengan akses ke Disney+ Hotstar, HBO Go, Netflix & Astro Go pada harga RM99.99 sebulan

1392
0

Astro baru-baru ini telah memperkenalkan promosi terbarunya untuk bulan Julai dan Ogos ini bagi pelanggan baharu yang ingin mendapatkan pek antara yang terlengkap dengan harga diskaun. Bergantung pada pek saluran pilihan, pelanggan mampu menjimatkan sehingga RM1,050.

Melalui promosi baharu ini yang akan tamat pada Ogos ini, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan pek Entertainment Plus, Premium 1, Premium 2, Premium 3, atau Platinum pada harga hanya RM99.99. Sebagai perbandingan, berikut adalah harga pek-pek saluran Astro pada harga biasanya:

  • Premium Pack 1: RM124.99
  • Entertainment Plus Pack: RM129.99
  • Premium Pack 2: RM149.99
  • Premium Pack 3: RM154.99
  • Platinum Pack: RM194.99

Promosi ini juga menawarkan harga diskaun untuk sebahagian pek-pek lain pada harga RM59.99 sebulan. Pelanggan baharu mampu membuat penjimatan sehingga RM210 berdasarkan harga biasa yang ditawarkan bagi pek-pek saluran berkenaan:

  • Movies Pack: RM94.99
  • Sports / Entertainment Pack: RM89.99

Sungguhpun harga yang ditawarkan dilihat agak menarik, anda perlu mengambil perhatian bahawa harga diskaun yang ditawarkan hanya diberikan untuk tempoh selama 6 bulan sahaja. Selain itu, pelanggan juga akan diikat dengan kontrak untuk tempoh selama 24 bulan jika berhasrat untuk melanggan melalui promosi tersebut.

Pelanggan turut akan dikenakan bayaran pemasangan yang berharga RM99. Namun jika pelanggan memilih untuk membuat pemasangan sendiri dengan Plug & Play, Astro memberikan pengecualian bagi bayaran RM39 untuk pilihan tersebut.

Penamatan perkhidmatan pek saluran Astro berkenaan jika dibuat dalam tempoh diskaun tersebut akan dikenakan bayaran penamatan. Bagi pakej yang hadir bersama-sama Astro Ultra Box, bayaran penamatan akan dikenakan sebanyak RM1,000, manakala bayaran bagi pakej bersama-sama Astro Ulti Box akan dikenakan sebanyak RM600. Malah, pelanggan juga perlu membayar jumlah selebihnya baki kontrak yang tinggal.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Astro untuk keterangan lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.