Utama Mobile Android Pengeluar cip ARM pula hentikan Perdagangan dengan Huawei

Pengeluar cip ARM pula hentikan Perdagangan dengan Huawei

801
0

Huawei dilaporkan terus dirundung malang. Selepas syarikat-syarikat gergasi A.S. – Google, Intel, Qualcomm, dan Broadcom – telah menghentikan urus niaga dengannya berikutan sekatan perdagangan, pengeluar cip ARM pula turut serta memberhentikan urus niaganya dengan Huawei. Menurut laporan BBC, pengeluar cip dari UK berkenaan telah mengeluarkan memo kepada kakitangannya untuk menangguhkan seluruh aktiviti urusniaga yang melibatkan Huawei.

Menganggap situasi ini sebagai luar jangkaan, ARM memaklumkan kepada Huawei dan anak-anak syarikatnya bahawa pihaknya tidak akan dapat “memberikan sokongan, perkongsian teknologi (sama ada perisian, kod atau kemas kini lain), terlibat dalam perbincangan teknikal dengan Huawei, HiSilicon atau mana-mana entiti di bawahnya”.

Walaupun ARM dimiliki oleh SoftBank dari Jepun dan berpangkalan di Cambridge, UK, reka bentuknya mengandungi “teknologi yang berasal dari Amerika Syarikat”. Larangan berkenaan juga turut dikuatkuasakan pada ARM China, di mana ARM mempunyai 49% pegangan saham. Perkembangan ini membawa kesan buruk terhadap penghasilan telefon pintar Huawei, kerana teknologi ARM digunakan untuk membentuk asas chipset Kirin HiSilicon.

Tiada ARM, Tiada Telefon, Tiada Segala-galanya

Huawei HiSilicon adalah semikonduktor tanpa fabrikasi – sama seperti Qualcomm – dengan reka bentuk pemprosesnya dilesenkan dari ARM dan disesuaikan untuk platformnya sendiri. Ambil contoh Huawei Pro P30: telefon pintar ini dikuasakan oleh chipset Kirin 980, yang mempunyai teras ARM Cortex A76 dan A55. Tanpa lesen senibina ARM, Huawei tidak mampu menghasilkan telefon pintarnya sendiri.

Penarikan lesen Android oleh Google pastinya memberikan kesan terhadap Huawei. Namun ia tidak menyekat Huawei dari menghasilkan telefon pintarnya sendiri. Tambahan pula, semua telefon keluaran Huawei yang dijual di China tidak mempunyai sebarang perkhidmatan dan aplikasi Google disediakan. Selain itu, pengeluar dari China ini juga telah bersedia untuk melancarkan alternatifnya kepada Android dalam masa yang terdekat ini.

Walau bagaimanapun, keadaan akan menjadi lebih sukar jika Huawei kehilangan ARM sebagai rakan kongsi. Langkah ini secara langsung membunuh terus perniagaan telefon pintar Huawei. Langkah ini disebabkan ia tidak mempunyai pengetahuan untuk mereka bentuk pemprosesan sendiri. Malah Samsung – yang mempunyai faundri sendiri – sangat bergantung kepada ARM untuk reka bentuk pemprosesnya. Huawei juga dilaporkan sedang membangunkan pengganti Kirin 980 – yang dinamakan Kirin 985. Usaha ini tidak mungkin dapat diteruskan tanpa kebenaran ARM.

Sumber berita diperoleh dari BBC

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.