Utama Mobile Aplikasi WhatsApp disahkan akan memaparkan iklan di dalam aplikasi pada tahun 2020

WhatsApp disahkan akan memaparkan iklan di dalam aplikasi pada tahun 2020

1050
0

Facebook telah mengesahkan bahawa iklan akan hadir ke dalam aplikasi-aplikasinya sebagai sebahagian daripada Statuses (yang mirip dengan fungsi Instagram Stories) pada tahun 2020.

Pengumuman tersebut dibuat oleh syarikat rangkaian sosial berkenaan bersempena Sidang Kemuncak Pemasaran Facebook tahunan di Belanda minggu ini. Turut hadir bersama, pengasas agensi pemasaran digital Be Connect, Olivier Ponteville yang berkongsikan majlis tersebut melalui cicipan-cicipan di Twitter. Beberapa slaid yang menunjukkan rupa iklan yang bakal kelihatan di dalam aplikasi-aplikasi yang terlibat turut dikongsikan oleh beliau.

Sebagaimana yang dilihat pada gambar di bawah (dikongsikan oleh Matt Navarra menerusi Twitter), Status Ads dipaparkan pada keseluruhan skrin, sama seperti status WhatsApp. Nama syarikat akan ditunjukkan menggantikan nama kenalan di bahagian atas skrin. Pengguna boleh menyapu ke atas apabila iklan muncul untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk atau perkhidmatan yang diiklankan.

Imej dari: Matt Navarra / Olivier Ponteville

WhatsApp telah memaklumkan perancangannya untuk memastikan iklan-iklan akan dipaparkan di dalam aplikasinya beberapa bulan yang lalu. Bagaimanapun, ciri terbaru ini dilaporkan masih lagi belum tersedia untuk diterbitkan pada peranti-peranti Android dan iOS.

Selain Status Ads, WhatsApp turut menyediakan format mesej yang lebih kepelbagaian untuk pengguna WhatsApp for Bussiness dan integrasi katalog produk WhatsApp dengan katalog Facebook Business Manager.

Imej cover diperoleh dari Martin Meissner/AP/Shutterstock

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.