Apple telah mengumumkan acara Worldwide Developers Conference (WWDC) yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 Jun 2023. Acara yang akan ditayangkan secara penstriman langsung ini juga terbuka untuk dihadiri oleh para pembangun.
Pada kebiasaannya, Apple akan mengumumkan kemaskini terkini perisiannya menerusi acara tersebut. Buat masa ini, iOS 16, iPadOS 16, tvOS 16, watchOS 10 dan macOS 14 telah pun dilancarkan kepada umum. Dijangkakan acara ini akan memperkenalkan iOS 17 dan versi-versi berikut perisian lain.
Selain itu, Swift Student Challenge juga akan kembali di dalam acara WWDC di mana pelajar boleh menyertainya. Menurut sumber, acara berkenaan akan diadakan sepanjang hari khusus untuk pelajar dan pembangun perisian merangkumi sesi dalam talian, makmal pengujian dan aktiviti serta perjumpaan dengan pasukan-pasukan pembangun di Apple.
Turut dijangkakan, produk-produk baharu Mac dan set kepala VR/AR Apple akan diumumkan di dalam acara tersebut.