Utama Sistem Operasi Windows Microsoft kurangkan ‘kasih sayang’ terhadap Windows 10 dengan tawarkan Kemaskini Tahunan sahaja

Microsoft kurangkan ‘kasih sayang’ terhadap Windows 10 dengan tawarkan Kemaskini Tahunan sahaja

Setakat ini, gergasi perisian global berkenaan memaklumkan pihaknya tidak akan mengabaikan sistem operasi versi ini. Cuma mengurangkan kekerapan kemaskini besar untuk sistem operasi tersebut.

92
0
Windows-10-Update-Assistant

Microsoft semalam telah menyatakan mengenai kemaskini baharu November 2021 untuk Windows 10 dan masa depannya.

Setakat ini, Microsoft memaklumkan pihaknya tidak akan mengabaikan Windows 10, tetapi cuma mengurangkan kekerapan kemaskini besar untuk sistem operasi tersebut.

Microsoft telah mengubah dari dua kali kemaskini besar dalam setahun kepada satu kali sahaja selepas kemaskini November 2021. Kemaskini berikutnya dijadualkan hadir pada Musim Luruh 2022 kelak.

Gergasi perisian ini juga turut memaklumkan kemaskini untuk Windows 10 berkenaan akan diselaraskan dengan kemaskini untuk Windows 11.

Selain dari pengurangan kekerapan kemaskini utama, Microsoft juga berhasrat untuk menyediakan sokongan untuk Windows 10 sehingga 14 Oktober 2025.

Sehingga itu, pengguna dijangka akan menerima sekurang-kurangnya tiga lagi kemaskini utama. Dalam pada masa yang sama, pengguna masih lagi ditawarkan kemaskini kecil yang merangkumi pembaikan ralat dan keselamatan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.