Apple Pay Later, sebuah perkhidmatan yang akan diperkenalkan bagi membolehkan pembeli menangguhkan pembayaran. Pembeli yang layak dibenarkan membayar secara ansuran bagi pembelian peranti atau perkhidmatan Apple sebanyak empat kali dalam tempoh enam minggu.
Kaedah pembayaran secara hutang berkenaan bagaimanapun dilaporkan akan ditangguhkan sehingga 2023 berikutan kesukaran teknikal dari sudut kejuruteraan.
Diumumkan ketika acara WWDC pada Jun lalu, Apple menyatakan Apple Pay Later akan diperkenalkan ke dalam kemaskini yang akan datang di dalam iOS 16. Walaubagaimanapun, pihak Apple tidak menyatakan tarikh secara spesifik perkhidmatan tersebut akan diperkenalkan.
Penulis pojok Power On di Bloomberg, Mark Gurman baru-baru ini menyatakan perkhidmatan ini berkemungkinan berdepan penanggguhan. Pelancarannya pula mungkin diadakan sekitar musim bunga tahun depan sebagai sebahagian kemaskini iOS 16.4.
This leads me to believe that the company isn’t completely certain when Apple Pay Later will be ready for launch. It’s possible the feature won’t arrive until iOS 16.4 in the spring. I’m hearing there have been fairly significant technical and engineering challenges in rolling out the service, leading to the delays.
Apple Pay Later akan dimuatkan ke dalam aplikasi Wallet dan sedia digunakan untuk pembelian dalam talian dan aplikasi pada iPhone dan iPad. Aplikasi Wallet, bersama-sama perkhidmatan Apple Pay Later menerima ciri-ciri baharu yang ditawarkan melalui iOS 16 seperti ciri menjejaki pesanan dalam talian dan banyak lagi.