Utama Apple Apple sahkan naik taraf AI di dalam Siri ditangguhkan ke 2026

Apple sahkan naik taraf AI di dalam Siri ditangguhkan ke 2026

75
0

Apple telah mengesahkan ciri-ciri termaju dipacu AI di dalam Siri akan ditangguhkan sehingga 2026, ditunda dari jangkaan asal pada tahun ini. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sebuah kenyataan kepada Daring Fireball.

Menurutnya, Apple sedang berusaha menjadikan Siri lebih diperibadikan dengan lebih kesedaran terhadap konteks peribadi pengguna dan keupayaan melaksanakan tindakan di dalam dan juga rentas aplikasi. Apple kini menjangkakan ciri-ciri tersebut akan diperkenalkan dalam beberapa tahun lagi.

Penangguhan ini memberikan kesan terhadap beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan di bawah inisiatif Apple Intelligence yang diumumkan di WWDC tahun lepas. Ciri-ciri ini mensasarkan untuk menjadikan Siri lebih proaktif dan berupaya menjalankan tugasan-tugasan kompleks berasaskan maklumat di dalam peranti pengguna.

Berdasarkan kenyataan oleh Mark Gurman dari Bloomberg, para eksekutif Apple termasuk ketua perisian Craig Federighi menzahirkan kebimbangan mengenai prestasi keupayaan baharu Siri ketika pengujian secara dalaman. Sebahagian pakar di dalam bahagian Apple AI dilaporkan beberapa kaedah di dalam ciri-ciri tersebut mungkin akan dibuang dan perlu dibangunkan semula sepenuhnya.

Di sebalik penundaan tersebut, Apple telah melakukan beberapa penambahbaikan baharu pada Siri seperti keupayaan perbualan yang lebih baik, memperkenalkan ciri “type to Siri”, penambahbaikan pengetahuan produk, dan integrasi dengan OpenAI ChatGPT. Bagaimanapun, Gurman menyatakan pengalaman yang lebih termaju dan moden pada pembantu atas peranti Apple ini mungkin tidak akan tersedia sehingga iOS 20 dilancarkan atau mungkin lebih lewat lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.