Telefon pintar mercu bersaiz kecil mula menjadi trend di China sejak kebelakangan ini dengan beberapa pengeluar utama telah dan sedang dalam usaha memperkenalkan model baharu tersebut.
HONOR turut dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar mercu bersaiz kecil tersebut, menurut pentiris maklumat Digital Chat Station di laman media sosial berbahasa Cina, Weibo. Ia mungkin akan mempunyai skrin bersaiz 6.3-inci, hampir sama dengan pengeluar lain seperti Xiaomi 15, dan vivo X200 Pro mini.
Model telefon pintar baharu berkenaan setakat ini hanya dikatakan amat nipis sahaja menurut pentiris maklumat tersebut. Jika ia benar telefon pintar mercu, sepatutnya ia termasuk di dalam siri HONOR Magic dan kemungkinan ia akan dipanggil sebagai ‘mini’ atau ‘slim’. Sama ada ia benar-benar wujud dan akan diperkenalkan di pasaran kelak, sama-sama kita menantikannya.