Utama Apple Aplikasi Apple Music dan Apple TV akan hadir ke Windows pada tahun...

Aplikasi Apple Music dan Apple TV akan hadir ke Windows pada tahun depan

329
0
Apple Music Apple TV x Windows

Selain mengumumkan produk-produk Surface baharu, Microsoft turut mengumumkan kehadiran aplikasi desktop Apple TV dan Apple Music ke sistem operasi Windows pada tahun depan. Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi Microsoft Store.

Kehadiran perkhidmatan hiburan Apple ke sistem operasi Microsoft ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat. Sebelum ini, pelanggan Apple TV hanya boleh mengakses perkhidmatan tersebut menerusi web dengan melog masuk ke tv.apple.com. Pelanggan Apple Music pula perlu menggunakan aplikasi iTunes untuk Windows.

Jika versi natif berkenaan menyamai paparan antaramuka pada iPhone atau Mac, dijangkakan ia mampu memberikan pengalaman pengendalian yang lebih baik buat pengguna. Bagaimanapun, Microsoft buat masa ini tidak memberikan jangkaan masa yang tepat bilakah ia akan hadir ke sistem operasi Windows.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.