Utama Microsoft Microsoft Surface Pro 9 5G dilancarkan, Dikuasakan oleh Pemprosesan Microsoft SQ 3

Microsoft Surface Pro 9 5G dilancarkan, Dikuasakan oleh Pemprosesan Microsoft SQ 3

350
0
Microsoft surface-pro-9-5G dilancarkan

Microsoft baru-baru ini telah melancarkan Surface Pro 9 yang dengan dua versi iaitu 5G + Wi-Fi dan Wi-Fi sahaja. Menariknya, Surface Pro 9 5G tidak menggunakan pemprosesan Intel Core, sebaliknya ia kini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 3 yang diubahsuai khusus untuk Microsoft.

Surface Pro 9 5G menampilkan badan aluminium teradod dengan tongkat yang boleh dilaraskan sudutnya sehingga 165 darjah. Untuk skrinnya pula, ia menampilkan paparan sesentuh PixelSense Flow 13-inci yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5 beresolusi natif 2,880 x 1920. Kadar penyegaran semula skrin Surface terkini ini bersifat dinamik sehingga 120Hz dengan nisbah kontrasnya 1200:1.

Model terkini ini masih lagi menyokong Surface Slim Pen 2, serta papan kekunci untuk Surface Pro dan Surface Pro X iaitu masing-masing Keyboard dan Signature Keyboard. Surface Pro 9 5G juga menyediakan dua port USB-C 3.2 dan satu slot kad nano SIM bersmaa-sama port Surface Connect dan Surface Keyboard.Microsoft surface-pro-9-Malaysia

Seberat kurang dari 900g, Neural Processing Unit (NPU) di dalam Surface Pro 9 5G membolehkan pengguna memanfaatkan kesan khas di dalam panggilan video melalui Windows Suite. Antara penambahbaikan yang disediakan pada kamera hadapan FHD 1080p tablet ini termasuklah Automatic Framing, Eye Contact, Voice Focus, dan Portrait Background Blur.Microsoft surface-pro-9-5g-npu-camera

Seperti yang anda jangkakan dari peranti Windows keluaran Microsoft, tablet ini dilengkapkan dengan sokongan pengecaman wajah Windows Hello yang dilindungi oleh pemprosesan keselamatan keluaran Microsoft sendiri, Pluton. Turut disediakan kamera autofokus 10MP pada bahagian belakangnya yang mampu merakam video sehingga resolusi 4K.

Sepasang pembesar suara 2W dan Studio Mics dwi-medan jarak jauh dengan sokongan Voice Clarity, melengkapkan keupayaan audio tablet ini. Dari segi tempoh penggunaan baterinya, Microsft menyatakan Surface Pro 9 5G mampu bertahan sehingga 19 jam.

Harga Microsoft Surface Pro 9 5G

Microsoft setakat ini tidak menyatakan bilakah Surface Pro 9 5G akan memasuki pasaran Malaysia. Bagi pasaran Amerika Syarikat, tablet keluaran Microsoft ini berharga seperti berikut:

  • Microsoft Surface Pro 9 5G (RAM 8GB dan SSD 128GB – USD1,299.99 (~RM6,086)
  • Microsoft Surface Pro 9 5G (RAM 8GB dan SSD 256GB – USD1,399.99 (~RM6,544)
  • Microsoft Surface Pro 9 5G (RAM 16GB dan SSD 256GB – USD1,599.99 (~RM7,491)
  • Microsoft Surface Pro 9 5G (RAM 16GB dan SSD 512GB – USD1,899.99 (~RM8,895)

Harga yang ditawarkan ini tidak termasuk dengan aksesorinya seperti Surface Keyboard atau Surface Slim Pen 2 yang dijual berasingan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.