Utama Apple Apple didenda lagi RM89 juta kerana jual iPhone tanpa Pengecas di Brazil

Apple didenda lagi RM89 juta kerana jual iPhone tanpa Pengecas di Brazil

328
0
Apple No Charger in Brazil

September lalu, Apple telah diarahkan oleh Kementerian Keadilan Brazil untuk menghentikan jualan iPhone jika tidak menyertakan bersama pengecasnya. Apple juga berdepan dengan denda berjumlah BRL 12,275 juta bersamaan ~RM11 juta.

Kini Apple sekali lagi didenda atas perkara yang sama. Cuma kali ini datangnya dari Mahkamah Sivil Sao Paolo. Saman tersebut telah difailkan oleh Organisasi Pengguna Brazil yang mendakwa peranti berkenaan hanya boleh digunakan jika pengguna mengeluarkan modal sendiri untuk membeli pengecasnya secara berasingan. Apple juga diperintahkan untuk membayar sejumlah BRL 100 juta (~RM89 juta) sebagai tuntutan ganti rugi.

Menurut Hakim Caramuru Afonso Francisco, Apple perlu menyediakan pengecas kepada semua pengguna di Brazil yang membeli iPhone 12 atau iPhone 13 sejak dua tahun lalu. Pengeluar peranti berkenaan juga perlu menyertakan bersama pengecas bagi pembelian di masa hadapan. Keputusan yang dibuat oleh mahkamah tersebut adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Apple sebelum ini memberikan alasan tidak menyediakan pengecas untuk iPhone keluaran dari tahun 2020 kerana ingin menjaga alam sekitar. Tindakan Apple ini tidak lama kemudian diikuti oleh beberapa pengeluar telefon pintar popular lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.