Apple baru sahaja memperkenalkan monitor 27-inci 5K peringkat tinggi terbarunya, Studio Display awal minggu ini menerusi acara Peek Performance.
Sungguhpun monitor ini menawarkan pelbagai ciri dan perkakasan yang hebat, ulasan pandangan awal dari penerbitan seperti Engadget dan The Wallstreet Journal (WSJ) mendapati kamera ultra-lebar 12MP terbina dalamnya tidak menawarkan prestasi yang sepatutnya.
Laporan mengenai kamera tersebut menyatakan imej yang dihasilkan berbintik, kurang kejelasan dan kabur. Berdasarkan foto yang dikongsikan oleh penulis WSJ, Joanna Stern di Twitter, perbezaan antara kualiti kamera terbina dalam Studio Display dengan peranti-peranti lain terlau ketara.
You can be the judge of the webcam quality. More shots in my video: https://t.co/lYQjFnqFI9 pic.twitter.com/sEWkpDIs7t
— Joanna Stern (@JoannaStern) March 17, 2022
Ketika dihubungi oleh syarikat penerbitan berkenaan berhubung perkara tersebut, Apple mengesahkan masalah tersebut berpunca daripada ralat di dalam perisian dan mengesahkan ia tidak mempunyai kaitan dengan perkakasannya.
“We discovered an issue where the system isn’t behaving as expected. We’ll be making improvements in a future software update.”
Walaubagaimanapun, Apple tidak menyatakan bilakah rancangan untuk menerbitkan kemaskini firmware tersebut akan dimulakan.
Studio Display kini boleh dipra-tempah menerusi laman web rasmi Apple Malaysia pada harga dari RM6,999. Menurut laman produknya, monitor ini dijangka akan mula dihantar ke pengguna dalam tempoh antara lima hingga enam minggu selepas pembayaran.