Utama Perkakasan Apple Apple umumkan cip M1 Ultra; Menampilkan Unified Memory sebanyak 128GB

Apple umumkan cip M1 Ultra; Menampilkan Unified Memory sebanyak 128GB

528
0

Lanjutan dari pengumuman yang dibuat menerusi acara Peek Performance, Apple turut mengumumkan pemprosesan terbarunya, Apple M1 Ultra. Pemprosesan ini merupakan kesinambungan dari cip M1 Max yang dilancarkan pada tahun lepas.

Secara asasnya, cip M1 Ultra ini merupakan dua buah cipset M1 Max yang digabungkan menjadi sebuah cip. Ia disambungkan menerusi kaedah penyambungan antara acuan pada bahagian sisi kedua-dua cip berkenaan. Pemprosesan baharu ini juga dua kali ganda lebih tebal berbanding M1 Max, oleh itu ia mempunyai kali ganda bilangan teras dan juga komponennya.

Dari segi spesifikasinya, M1 Ultra menampilkan 20 teras CPU, mengandungi 16 teras berprestasi tinggi dan empat teras berkecekapan tinggi. Terdapat juga GPU 64-teras mengandungi 8,169 unit pelaksana dengan 196,608 bebenang yang boleh dijalankan secara serentak.

Ia juga mempunyai enjin Neural dengan 32-teras dan enjin Media dengan bilangan video dienkod dan dinyahkod dua kali ganda lebih besar. Pemprosesan ini juga hadir dengan Memori Bersatu (Unified Memory) 128GB, terbesar yang pernah ditawarkan oleh pemprosesan Apple setakat ini.

Untuk prestasinya, Apple M1 Ultra menyatakan prestasi per watt adalah 90% lebih cekap berbanding CPU desktop 16-teras yang terkini di pasaran, Intel Core i9-12900K Generasi Ke-12. Manakala bagi kuasa GPU pula, M1 Ultra menggunakan kuasa 200W kurang berbanding GPU NVIDIA GeForce RTX 3090.

Apple M1 Ultra akan digunakan pada MacStudio, komputer desktop berbentuk faktor kecil yang terbaru dari Apple.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.