Utama Apple Apple jimat RM27.3 billion dengan tidak menyertakan Kepala Pengecas, Earpods di dalam...

Apple jimat RM27.3 billion dengan tidak menyertakan Kepala Pengecas, Earpods di dalam kotak iPhone

398
0

Apple dilaporkan telah menjimatkan sebanyak £5 billion (~RM27.3 billion) hasil dari langkah tidak menyertakan bersama kepala pengecas dan earpods di dalam kotak iPhone atas usaha “memelihara alam sekitar”, menurut laporan Daily Mail.

Melalui pengurangan saiz kotak pembungkusan iPhone, sebanyak lebih dari 70% peranti dapat dimuatkan ke dalam palet penghantaran. Justeru, mampu mengurangkan jejak karbon dengan penghapusan lebih dari 2 juta tan merik pelepasan karbon.

Ketika iPhone 12 diperkenalkan, Apple mengumumkan tidak akan menyertakan adapter pengecas di dalam kotak unit baharu iPhone. Berdasarkan laporan alam sekitar yang dikeluarkan Apple, ketiadaan kepala pengecas di dalam produknya dapat mengurangkan hampir 1 juta tan metrik logam bernilai tinggi dari dilombong.

Demi alam sekitar atau demi penjimatan?

Bagaimanapun, tidak semua pihak percaya langkah yang diambil Apple ini bertujuan memelihara alam sekitar. Sebaliknya, ramai yang berpendapat langkah ini lebih berorientasikan keuntungan buat Apple.

Pun begitu, terdapat sebahagian pengeluar telefon pintar yang mula mengikut jejak langkah yang sama seperti Xiaomi dan Samsung.

Menurut jurucakap Apple:

“At Apple, we are constantly innovating to conserve resources and protect the planet we all share. Already carbon neutral for our own operations, we’ve set an ambitious goal to become carbon neutral for our entire supply chain and product usage by 2030—so every Apple device sold will have net-zero carbon impact. One of the steps along our path is to reduce the materials used in our products and packaging. This important step-cut over 2 million metric tons of carbon emissions—equivalent to removing 500,000 cars from the road per year—and others are following our lead,”

Sejak Apple mula membuang pengecas dan earpods dari kotak iPhone, sebanyak 190 juta unit iPhone telah dijual. Langkah ini didapati telah memberikan Apple penjimatan sehingga £5 billion (~RM27.3 billion). Selain itu, akhbar Daily Mail turut melaporkan pengguna telah membelanjakan sekitar $293.4 juta (~RM1.2 billion) untuk aksesori telefon pintar sejak ketiadaan pengecas dan earpods di dalam kotak iPhone.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.