Utama Apple iOS 15.4 kini sedia untuk dimuat turun; FaceID boleh nyahkunci dengan pengguna...

iOS 15.4 kini sedia untuk dimuat turun; FaceID boleh nyahkunci dengan pengguna memakai Pelitup Muka

347
0

Apple telah menerbitkan kemaskini iOS 15.4 untuk iPhone dengan membawakan pelbagai ciri baharu yang sesuai dengan norma baharu. Salah satunya adalah fungsi pengecaman wajah FaceID untuk pengguna yang sedang memakai pelitup muka. Fungsi ini boleh digunakan tanpa memerlukan Apple Watch.

Kemaskini perisian baharu ini boleh didapati pada kesemua model iPhone yang menyokongnya iaitu iPhone 6s dan ke atas bermula dari hari ini.

Bagi anda yang masih lagi belum menerima notifikasi mengenainya, anda boleh melakukan kemaskini secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update. Bergantung pada versi iOS iPhone anda sekarang, saiz fail kemaskini ini adalah sekitar 1.2GB.

Pengguna iPhone 12 dan ke atas dapat memanfaatkan fungsi di dalam iOS 15.4 yang membolehkan FaceID digunakan bersama-sama pelitup muka. Anda kini boleh menyahkunci iPhone anda dengan lebih pantas walaupun tanpa menggunakan Apple Watch.

Selain untuk menyahkunci iPhone, fungsi ini juga boleh digunakan untuk mengesahkan pembayaran melalui Apple Pay. Ciri ini juga boleh digunakan untuk isian kata laluan secara automatik di dalam aplikasi dan pelayar Safari.

Walaubagaimanapun, fungsi FaceID yang dipertingkatkan ini tidak terdapat pada model-model iPhone dengan FaceID lama seperti iPhone 11, XS atau sebelumnya.

Emoji, Siri, FaceTime SharePlay dan banyak lagi

Turut disertakan di dalam kemaskini iOS 15.4 ini adalah sejulah emoji baharu yang menyertakan pelbagai wajah, gaya tangan dan juga objek untuk digunakan. Emoji berjabat tangan juga turut menerima kepelbagaian dengan pilihan pelbagai warna kulit yang berbeza.

Berdasarkan log perubahan yang disertakan khusus untuk kemaskini ini, fungsi FaceTime SharePlay kini boleh diaktifkan secara terus dari aplikasi yang menyokongnya. Manakala Siri pula kini boleh memberitahu anda waktu dan tarikh ketika iPhone (iPhone XS, XR, iPhone 11 dan ke atas) anda sedang offline.

Apple juga mengemaskini sebahagian aplikasi natifnya seperti pelayar web Safari yang kini menambah sokongan terjemahan untuk Itali dan China (tradisional). Ciri kamera di dalam papan kekunci juga boleh digunakan untuk menambah teks ke Notes dan Reminders. Manakala fungsi kata laluan disimpan pula kini membenarkan anda untuk menambah nota anda sendiri di dalam Settings.

iOS 15.4 juga membaiki sejumlah ralat termasuklah masalah papan kekunci kadangkala meletakkan noktah di antara nombor-nombor yang ditaip. Selain itu, masalah berkait dengan foto dan video yang tidak disegerakkan dengan iCloud Photo Library turut dibaiki.

Maklumat lanjut di Apple Malaysia: https://support.apple.com/en-my/HT213182

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.