Utama Android Samsung Kemaskini terkini siri Samsung Galaxy S21 dan Galaxy A52 terima fungsi RAM...

Kemaskini terkini siri Samsung Galaxy S21 dan Galaxy A52 terima fungsi RAM Plus

35
0

Fungsi RAM Plus disenaraikan sebagai antara penambahan yang disediakan di dalam One UI 4.0, dan ia sebenarnya bukan sebahagian daripada pakej kemaskini Android 12 Samsung.

Samsung telah menyediakan fungsi penambahan RAM maya tersebut pada sesetengah telefon termasuk yang menggunakan Android 11. Antara telefon Samsung yang menawarkan fungsi RAM Plus ini termasuklah:

  • Galaxy Z Fold3
  • Galaxy S21
  • Galaxy M52
  • Galaxy A52 5G
  • Galaxy A52s 5G

Model 4G Galaxy A52 juga menerima kemaskini fungsi RAM Plus sebagai sebahagian dari kemaskini yang telah mula diterbitkan sejak semalam. Firmware baharu ini, versi A525FXXU4AUI3 turut mengandungi kemaskini keselamatan untuk lebih dari 60 kerentanan.

Bagi anda yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan RAM Plus ini, ia merupakan ciri RAM maya yang kian popular dikalangan peranti Android kebelakangan ini.

Secara asasnya, ia memperuntukkan sebahagian dari ruangan di dalam storan dalaman untuk dijadikan sebagai ruangan RAM. Untuk Galaxy A52 ini, sebanyak 4GB ruangan storan diperuntukkan untuk kegunaan RAM maya tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.