Utama Apple Apple menawarkan iPad Pro baharu dengan cip M1; Harga dari RM3,499

Apple menawarkan iPad Pro baharu dengan cip M1; Harga dari RM3,499

754
0
Apple iPad Pro M1

Apple memperkenalkan iPad Pro baharu keluaran 2021 yang menampilkan kuasa pemprosesan Apple M1. Cip baharu ini turut digunakan pada Mac dan Macbook versi terkini.

Cip berkuasa tinggi ini membolehkan iPad Pro melakukan tugasan-tugasan yang kebiasaannya boleh dilakukan pada desktop. Menurut Apple, bateri tablet terbarunya ini mampu bertahan digunakan untuk sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, iPad Pro juga menawarkan fungsi yang dinamakan sebagai Center Stage yang memanfaatkan kamera bersudut lebar 12MP pada sebelah hadapannya.

This slideshow requires JavaScript.

Kamera ini bukan sekadar menawarkan ruang tangkapan imej yang lebih lebar, ianya mampu mengesan jika pengguna keluar dari bingkai dan cuba memfokuskannya. Serta, jika terdapat pertambahan bilangan individu di dalam bingkai, kamera tersebut akan melaraskan zum untuk memasukkan kesemua yang terlibat.

Penambahbaikan lain yang dibawakan oleh iPad Pro termasuklah sokongan Thunderbolt untuk port USB-C dan juga pilihan variasi 5G. Bagi anda yang memilih variasi 12.9-inci, anda menerimanya bersama-sama Pro Display XDR yang dikenali sebagai Liquid Retina XDR.

Kedua-dua iPad Pro hadir dengan lima pilihan storan mengikut saiz skrin dan sambungan mudah alih seperti berikut:

128GB256GB512GB1TB2TB
iPad Pro 11-inci (Wi-Fi)RM3,499RM3,949RM4,849RM6,649RM8,449
iPad Pro 11-inci (Wi-Fi + 5G)RM4,149RM4,599RM5,499RM7,299RM9,099
iPad Pro 12.9-inci (Wi-Fi)RM4,799RM5,249RM6,149RM7,949RM9,749
iPad Pro 12.9-inci (Wi-Fi + 5G)RM5,499RM5,899RM6,799RM8,599RM10,399

Apple Malaysia sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan bilakah peranti baharu keluarannya ini akan mula memasuki ke pasaran tempatan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.