Utama Apple Apple AirTag dilancarkan; Akan datang ke Malaysia pada harga RM149

Apple AirTag dilancarkan; Akan datang ke Malaysia pada harga RM149

776
0

Peranti sebegini sudah diperkatakan agak lama dan hari ini Apple telah melancarkan AirTag menerusi acara Spring Loaded. Aksesori terbaru ini memanfaatkan platform Apple Find My.

Direka menepati piawaian IP67, peranti berbentuk bulat dengan kerangka keluli tahan karat ini menyediakan pelapik boleh tanggal yang membolehkan pengguna menggantikan sendiri bateri CR2032 di dalamnya. Menurut Apple, bateri tersebut mampu bertahan sehingga lebih dari setahun penggunaan hariannya.

AirTag dikuasakan oleh cip Apple U1 yang membolehkan ianya memanfaatkan teknologi Ultra-Wideband (UWB). Apabila digunakan bersama-sama iPhone dengan UWB diaktifkan seperti iPhone 11 dan iPhone 12, pengguna boleh menjejak AirTag menerusi fungsi yang dikenali sebagai Precision Finding. Fungsi ini menyediakan panduan dengan petunjuk visual lengkap dengan maklumbalas secara bunyi dan getaran.

This slideshow requires JavaScript.

Apabila barangan yang diletakkan bersama-sama AirTag berjauhan dengan pengguna, Apple menyatakan ia akan menggunakan rangkaian Find My. Ianya akan mengesan isyarat Bluetooth dari AirTag tersebut dan memberikan lokasi tersebut kepada pemiliknya.

Anda juga boleh mengaktifkan “Lost Mode” untuk memaklumkan anda apabila AirTag tersebut berada berhampiran atau dikesan oleh rangkaian Find My. Apabila di dalam “Lost Mode”, sesiapa yang menjumpainya boleh mengetiknya menggunakan iPhone atau peranti berkepayaan NFC lain dan akan dibawakan ke laman web khas yang tertera nombor telefon pemilik (atas pilihan kebenaran pemilik).

Oleh kerana ciri privasi merupakan keutamaan bagi Apple, rangkaian Find My menggunakan enkripsi hujung-ke-hujung dan secara awan nama. Justeru, tiada siapa pun dapat dikenalpasti oleh sesiapa pun termasuk dari pihak Apple sendiri. Selain itu, pengecaman isyarat Bluetooth pada AirTag juga akan dikitar secara lebih kerap bagi mengelakkan penjejakan lokasi yang tidak diingini.

Pelancaran AirTag bagi pasaran Malaysia masih lagi belum diumumkan. Hanya harganya sahaja yang diketahui iaitu RM149.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.