Utama Apple Apple iMac baharu tampilkan cip M1 dengan rekaan lebih kemas dan lebih...

Apple iMac baharu tampilkan cip M1 dengan rekaan lebih kemas dan lebih warna-warni

769
0
Apple M1 iMac-1

Cip Apple M1 akhirnya hadir ke iMac dengan membawakan pelbagai penambahbaikan baharu. iMac kelompok terkini ini membawakan kembali pilihan berwarna-warni komputer desktop ini dengan rona warna pastel.

Melalui pilihan model bermula dari 24-inci, Apple menyatakan ianya penambahan dari saiz sebelumnya iaitu 21.5-inci. Rekaan baharu yang lebih kemas dan rata ini juga menyediakan paparan Retina 4.5K.

Penambahbaikan lain yang dibawakan oleh iMac baharu ini termasuklah kamera FaceTime 1080p dengan penderia imej yang lebih besar. Ianya bergandingan dengan pemprosesan M1 untuk menguruskan white balance, pengurangan hingar dan tetapan pendedahan.

Terdapat tiga buah mikrofon berkeupayaan beam forming bagi mengurangkan hingar latar, serta tetapan pembesar suara yang lebih besar mengandungi dua unit bass dan twiter kecil.

Tumpuan utama iMac versi terkini ini pastinya terhadap keupayaannya melalui kuasa pemprosesan M1. Silikon dari Apple ini menawarkan peningkatan prestasi yang amat menggalakkan berbanding perkakasan Intel x86 sebelum ini. Menurut Apple, model-model iMac baharu ini 50 peratus lebih senyap berbanding model keluaran sebelumnya.

Apple turut menawarkan Magic Keyboard baharu berwarna-warni untuk digunakan bersama-sama komputer baharu ini. Ianya kelihatan sama dengan papan kekunci yang terdahulu, cuma kali ini terdapat sokongan TouchID untuk iMac peringkat atasan.

iMac 24-inci baharu ini akan dijual pada harga RM5,599 untuk versi GPU 7-teras dan SSD 256GB. Bagi model GPU 8-teras dan SSD 256GB pula, harganya bermula dari RM6,449. Versi GPU 8-teras ini juga turut menawarkan kapasiti SSD 512GB pada harga RM7,249.

Model yang lebih tinggi spesikasinya ini mengandungi tiga port USB 3, penambahan dari model asas yang menyediakan dua port Thunderbolt dan bicu ethernet.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.