Utama Apple Apple dilapor akan melancarkan iPad Mini Reka bentuk Semula pada Musim Luruh...

Apple dilapor akan melancarkan iPad Mini Reka bentuk Semula pada Musim Luruh 2021

328
0

Apple dipercayai sedang merancang untuk memperkenalkan iPad Mini reka bentuk semula, berdasarkan pelbagai sumber bukan rasmi sejak dari tahun lalu.

Pada awalnya, ia dijangka akan diperkenalkan sebelum pertengahan tahun ini. Namun, berdasarkan maklumat terkini oleh Mark Gurnam dari Bloomberg, iPad Mini dijangka akan dilancarkan sekitar musim luruh 2021.

Menurut Mark Gurnam, iPad Mini baharu ini akan menampilkan rekaan yang mirip dengan iPad Air terkini. Ini berkemungkinan tablet ini akan didatangkan dengan paparan yang lebih besar dengan nisbah ke kerangka yang lebih besar melalui bingkai yang lebih tipis, serta tiada butang fizikal ‘Home’ ditengah-tengah bingkai.

Selain itu, iPad Mini baharu ini juga akan menggunakan cipset baharu dari Apple. Walaubagaimanapun, maklumat lain berkenaan storan dan kapasiti baterinya masih lagi belum diketahui.

Sungguhpun maklumat yang didapati sehingga kini mungkin tidak tepat, namun sesetengah pengguna mengharapkan perubahan baharu dari segi reka bentuk memandangkan rekaan iPad Mini tidak banyak berubah sejak beberapa generasi sejak lebih kurang sembilan tahun yang lalu.

Apple buat masa ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan terbaru ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.