Utama Perkakasan Intel Intel sahkan cipset Siri 600 menyokong CPU Alder Lake-S, dan Raptor Lake-S

Intel sahkan cipset Siri 600 menyokong CPU Alder Lake-S, dan Raptor Lake-S

402
0

Intel dilihat telah mengesahkan papan induk keluaran akan datangnya siri 600 akan menyokong CPU Generasi ke-12 Alder Lake-S dan CPU Generasi ke-13 Raptor Lake-S.

Ketersesuaian cipset papan induk ini diketemukan di dalam dokumentasi yang dihantar ke SATA-IO, sebuah badan yang bertanggungjawab memastikan pematuhan spesifikasi SATA dan aksesori lain oleh pembekal.

Menerusi dokumen tersebut, ia menyenaraikan nombor model dan nama produk yang terlibat, Alder-Raptor Lake, bersama-sama empat laig ID peranti, 7AB0, 7ACB, 7A30, dan 7A4B.

Penemuan ini dijangka dapat memberikan sedikit khabar gembira kerana didapati Intel menyediakan ketersuaian ke belakang untuk cipset papan induk baharu ini. Ini berbeza dengan kebiasaan Intel sebelum ini yang mana setiap jenis cipset terhad untuk satu-satu cipset pada generasi tertentu sahaja.

CPU Alder Lake-S dikatakan akan menjadi CPU kedua yang menggunakan senibina hibrid. Sebelum ini CPU Lakefield Generasi Ke-10 adalah yang pertama menggunakannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.