Utama Mobile iOS Apple iPad dan iPad Mini Versi Diperbaharui akan hadir tidak berapa lama...

Apple iPad dan iPad Mini Versi Diperbaharui akan hadir tidak berapa lama lagi; Apple Glass sasar muncul pada 2022

622
0

Kali terakhir Apple memperbaharui versi iPad Mini adalah pada tahun lepas dan disasarkan tablet tersebut sekali lagi akan diperbaharukan pada tahun hadapan. Untuk tahun ini, Apple dijangka akan memperkenalkan iPad 10.8-inci baharu.

Maklumat berkenaan perkara ini hadir dari penganalisis Ming-Chi Kuo menerusi nota pelaburan baru, lapor 9to5Mac.

iPad baharu ini dikatakan akan ditawarkan pada “harga mampu milik” dan menggunakan sebaiknya cipset yang lebih pantas. Bagaimanapun, tidak dipastikan cipset apa yang akan digunakan kelak.

iPad Mini versi semasa menawarkan saiz skrin 7.9-inci. Untuk versi yang akan datang pula, ianya dijangka akan didatangkan dengan saiz skrin 8.5-inci atau 9-inci, menurut Kuo. Ini mungkin boleh berlaku sama ada bingkainya dikecilkan atau saiznya sendiri menjadi lebih besar.

Melalui nota pelaburan yang sama juga turut menerangkan sedikit tentang Apple Glass. Ianya dikatakan bakal hadir seawal 2022, lebih awal berbanding laporan awal yang mensasarkan hadir pada tahun 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.