Utama Mobile Aplikasi Google Chrome bakal menawarkan fungsi Tab Grouping

Google Chrome bakal menawarkan fungsi Tab Grouping

965
0

Bagi anda yang gemar membuka sebilangan besar tab pada Google Chrome, fungsi terbaru ini mungkin menarik perhatian. Google baru-baru ini telah mengumumkan akan memperkenal fungsi tab grouping ke dalam pelayar webnya itu.

Cara ianya berfungsi adalah dengan menambahkan label berdasarkan kod warna ke dalam tab-tab. Tab yang anda berikan label yang sama akan digariskan dengan warna yang sama di bawahnya atau di sekelilingnya, bergantung sama ada ianya aktif atau tidak. Nama untuk kategorinya akan tertera pada sebelah kiri tab-tab bagi sesebuah kelompok.

Anda juga boleh mengubah kelompok tab dengan menyeretnya ke dalam kategori berlainan. Ini akan membantu menguruskan bilangan tab yang banyak pada sesuatu masa. Misalnya, anda boleh mengalihkan tab Google Docs pada Chrome dari kelompok “in progress” ke kelompok “done”. Tab berkenaan akan terus menukarkan warnanya berdasarkan kelompok ianya ditempatkan.

Berdasarkan dengan apa yang diterangkan, ianya tidak mengurangkan jumlah tab-tab yang anda buka pada sebelah atas pelayar Chrome anda. Jika anda ingin menggunakan fungsi sedemikian, anda mungkin boleh cuba menggunakan pelayar Vivaldi

Fungsi tab grouping buat masa ini berada di Google Chrome Beta. Menurut Google, fungsi ini bakal dilancarkan pada Google Chrome untuk Chrome OS, Windows, Mac dan Linux pada minggu depan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.