Utama Komputer Apple Apple iMac M1 kini di Malaysia; Harga spesifikasi tertinggi cecah RM11,048

Apple iMac M1 kini di Malaysia; Harga spesifikasi tertinggi cecah RM11,048

1092
0

Apple membawakan sebuah lagi produknya ke pasaran Malaysia melalui siri iMac 2021. Komputer baharu ini bukan sahaja hadir dengan rekaan yang lebih nipis, malah turut didatangkan dengan cip M1 dari Apple.

iMac keluaran terbaru ini menawarkan pilihan spesifikasi berdasarkan jenis cip yang digunakan. Model standard iMac ini menyediakan cip yang mengandungi 7-teras GPU, manakala untuk spesifikasi tertinggi pula menyediakan 8-teras GPU.

Pada harga permulaan RM 5,599, model standard didatangkan dengan memori disatukan 8GB, SSD 256GB, Magic Keyboard, dan Magic Mouse. Bagaimanapun, tiada port Gigabit Ethernet disediakan. Oleh itu, pengguna perlu menambah lagi RM 110 untuk mendapatkannya.

Bagi iMac M1 dengan 8-teras GPU pula, harganya bermula dari RM 6,449 dan turut menyediakan RAM 8GB, SSD 256GB, Magic Keyboard Touch ID dan Magic Mouse. Ianya dibezakan dengan tambahan 2 port USB 3 dan sokongan Gigabit Ethernet.

Seterusnya, iMac berharga kayangan RM 11,048 dengan spesifikasi penuh menawarkan RAM 16GB, SSD 2TB, Mac Mouse, Magic Trackpad, dan Magic Keyboard dengan Touch ID dan pad kekunci bernombor.

iMac M1 kini sudah pun boleh didapati menerusi kedai dalam talian Apple Malaysia. Dijangkakan, komputer ini akan hadir di Apple Authorised Resellers tempatan dalam masa yang terdekat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.