Utama Apple Apple dilaporkan telah membuang aplikasi “Quran Majeed” di China

Apple dilaporkan telah membuang aplikasi “Quran Majeed” di China

415
0

Apple telah dilaporkan membuang beberapa aplikasi teks keagamaan di China termasuk aplikasi Quran Majeed yang kini mempunyai hampir sejuta pengguna di sana.

Menurut laporan dari BBC, aplikasi Quran berkenaan telah dibuang kerana didakwa mengehoskan teks keagamaan tanpa kebenaran. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan undang-undang yang digunapakai atas tindakan tersebut.

“Apple menyatakan, aplikasi Quran Majeed kami telah dibuang dari App Store China atas sebab ia mengandungi kandungan yang memerlukan dokumentasi tambahan dari pihak berkuasa China,” menurut pembangun aplikasinya, Pakistan Data Management Services.

“Pihak kami sedang berusaha menghubungi Pentadbiran Ruangan Siber China dan pihak berkuasa berkaitan bagi menyelesaikan isu yang berbangkit ini,”

Pembuangan aplikasi ini pertama kali dikesan oleh Apple Cencorship, sebuah laman web yang mengesan jejak aplikasi-aplikasi di App Store di seluruh dunia. Menurut penjejak di Apple Cencorship, terdapat sekurang-kurangnya dua aplikasi Quran dan lima aplikasi Bible telah dibuang dari App Store China dalam bulan ini sahaja.

Pengarah projek di Apple Cencorship, Benjamin Ismail menyatakan:

“Currently Apple is being turned into the censorship bureau of Beijing. They need to do the right thing, and then face whatever the reaction is of the Chinese government.”

Tiada sebarang komen dikeluarkan oleh Apple dan China berkenaan isu ini. Setakat ini Apple hanya meminta BBC untuk merujuk pada dokumen Polisi Hak Asasi Manusia Apple. Dokumen berkenaan menyebut:

“We’re required to comply with local laws, and at times there are complex issues about which we may disagree with governments and other stakeholders on the right path forward.”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.