Utama Android Samsung Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G dengan Pelan Pascabayar Menarik dari...

Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip 3 5G dengan Pelan Pascabayar Menarik dari Digi, Maxis, Celcom & U Mobile

937
0

Teknologi mudah alih telah membawakan kita pelbagai cara untuk menyerlahkan diri. Sama seperti pakaian dan aksesori kegemaran kita, cara kita menghias dan memperagakan telefon pintar kita menunjukkan kepada dunia, siapakah diri kita.

Menampilkan rekaan anggun dan bergaya, Galaxy Z Flip 3 5G merupakan peranti yang sesuai bagi menyerlahkan diri di khalayak dan menampilkan keunikan diri sendiri.

Dari pilihan warna yang unik hinggalah ke kemasan jitu, setiap aspek telefon ini direka bagi menyesuaikan selera dan gaya si pemakainya.

Bersama-sama Cover Screen yang tampil lebih besar, ia kini kelihatan lebih menyerlah dan lebih kegunaan. Malah Galaxy Z Flip 3 5G memberikan pemakainya pelbagai cara untuk mewujudkan pengalaman penggunaan peranti mudah alih yang tersendiri.

Galaxy Z Flip 3 5G kini di pasaran dengan harga RM3999 (128GB) dan RM4199 (256GB). Harga peranti boleh lipat pada hari ini juga lebih rendah berbanding generasi sebelumnya. Ini seterusnya membolehkan lebih ramai pengguna dapat menikmati teknologi baharu ini.

Dalam pada masa yang sama, Samsung Malaysia juga telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Malaysia dalam menyediakan pelbagai tawaran menarik bersama-sama Galaxy Z Flip 3 5G.

Harga Samsung Galaxy Z Flip 3 5G dengan pelan pascabayar telco

Penyedia perkhidmatan telekomunikasiPromosi
DigiMiliki Galaxy Z Flip 3 5G dari RM122/bulan dengan Digi Postpaid 150
MaxisMiliki Galaxy Z Flip 3 5G dari RM1 dengan Maxis Postpaid 
CelcomMiliki Galaxy Z Flip 3 5G dan jimat sehingga RM1,800 with Celcom MegaTM
U MobileMiliki Galaxy Z Flip 3 5G dari RM129/bulan dengan ansuran Upackage

Bukan itu sahaja, selain dari memiliki Galaxy Z Flip 3 5G mengikut pelan pilihan anda, anda juga layak menerima langganan YouTube Premium secara percuma selama 4 bulan. Anda dapat menikmati tontonan YouTube bebeas iklan, secara offline, main pada latar dan juga YouTube Music Premium.

Miliki Galaxy Z Flip 3 5G hari ini dan buka lembaran dunia anda dengan cara berevolusi dalam menonton, bermain, berkerja, merakam dan juga berhubung.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/flip3-postpaid-plan

Maklumat lanjut mengenai YouTube Premium, layari: http://www.samsung.com/my/offer/mobile/youtube-premium/

Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.