Home Mobile XOX perkenalkan eSIM untuk iPhone dan iPad

XOX perkenalkan eSIM untuk iPhone dan iPad

567
0

XOX turut mengikuti jejak langkah Maxis dalam menawarkan eSIM untuk para pelanggannya. Kemudahan ini membolehkan pengguna melanggan perkhidmatan talian telekomunikasi tanpa memerlukan kad sim fizikal.

iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max merupakan telefon-telefon pintar yang menyokong fungsi eSIM yang ditawarkan oleh XOX ini. Turut menerima sokongan ini termasuklah peranti-peranti seperti iPad Pro 2018, Google Pixel 2 dan Google Pixel 3.

Perkhidmatan eSIM ini disediakan berdasarkan langganan secara berasingan serta sokongan MNP tidak disediakan untuknya.

Bagaimanapun, para pelanggan boleh mendapatkan sokongan eSIM ini secara percuma melalui langganan pakej OneXOX Black dari kadar serendah RM 39 untuk data 8GB dan 50 minit panggilan serta 50 SMS.

Layari laman web rasmi XOX untuk maklumat lanjut

Sumber berita dan imej diperoleh dari The Star

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.