Android pada kebiasaannya menggunakan nama-nama manisan sebagai nama kod bagi setiap versi sistem operasi baharunya saban tahun. Untuk versi berikutny, ia dikatakan akan menggunakan nama kod “Vanilla Ice Cream.”
Ia mula digunapakai melalui versi Cupcake pada tahun 2009 dan seterusnya mengikut turut abjad rumi sehingga Android Pie pada 2018. Selepas itu ia dikenali dengan versi nombor sahaja, Android 10 kerana sukar untuk menemukan nama manisan berhuruf Q di hadapannya. Pun begitu, nama kod manisan ini masih lagi kekal untuk kegunaan dalaman dan versi kesepuluh tersebut juga dikenali sebagai “Queen’s Cake,”.
Pada tahun ini, Google akan melancarkan Android 14 yang akan menggunakan nama manisan “Upside Down Cake.” Untuk Android 15 yang dijangka akan hadir pada 2024 kelak, Google dikatakan akan menggunakan huruf V, berdasarkan penemuan oleh teamb58 dan dikongsikan oleh Mishaal Rahman.
It’s a bit earlier than usual, but it seems the internal dessert code-name for Android 15 V has been revealed: “Vanilla Ice Cream”. pic.twitter.com/pRTFJ4iIfO
— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) March 3, 2023
Di dalam perubahan jujukan kodnya, didapati kerangka kerja pengujian “Trade Federation” Android telah dikemaskini dengan versi baharu yang dirujuk sebagai nama kod Android 15 “Vanilla Ice Cream”.
Pendedahan nama kod ini bagaimanapun masih lagi belum menyatakan dengan lebih lanjut apakah yang akan ditawarkan oleh versi baharu Android ini di masa hadapan.