Utama Telco YTL Yes 5G dinobatkan sebagai Rangkaian Mudah Alih Terpantas di Malaysia oleh Ookla...

Yes 5G dinobatkan sebagai Rangkaian Mudah Alih Terpantas di Malaysia oleh Ookla Speedtest

521
0
Ookla Speedtest Yes 5G Malaysia Award

Pengendali rangkaian YTL Communications, Yes telah dianugerahkan Ookla Speedtest Awards sebagai peneraju rangkaian mudah alih terpantas sepanjang tempoh suku ketiga dan keempat 2022.

Untuk makluman, Ookla merupakan syarikat di sebalik penguji rangkaian popular Speedtest.net yang sering digunakan bagi mengukur kelajuan memuat naik dan memuat turun sesebuah rangkaian.

Menurut analisis data Speedtest Intelligence dari Ookla, Yes 5G merangkul kedudukan di tempat pertama dengan Speed Score 84.53. Turut dicatatkan, kelajuan memuat turun direkodkan pada 569.09Mbps dan kelajuan memuat naik pada 65.58Mbps. Kaedah pengukuran ini mengambil kira kelajuan memuat naik dan memuat naik penyedia rangkaian berkenaan bagi menentukan prestasi kelajuannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ookla Dough Suttles menyatakan, “Kami amat berbesar hati untuk menyampaikan anugerah untuk Fastest Mobile Network di Malaysia kepada Yes 5G. Penganugerahan ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap pencapaian yang membanggakan sepanjang tempoh suku ketiga dan keempat 2022 berdasarkan analisis teliti Ookla yang dilakukan oleh pengguna melalui Speedtest,”Yes 5G Terima Anugerah Ookla Speedtest

“Selaku peneraju yang menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian 5G mampu milik kepada rakyat Malaysia dan misi semasa kami menyediakan “Yes 5G to All”, anugerah ini merupakan bukti kesungguhan kami dalam memberikan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan kami. Kami amat berbesar untuk menerima pengiktirafan dari Ookla ini,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K. Lee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.