Utama Komputer AMD AMD melaporkan Windows 11 menyebabkan kemerosotan prestasi CPU Ryzen sehingga 15%

AMD melaporkan Windows 11 menyebabkan kemerosotan prestasi CPU Ryzen sehingga 15%

Kemaskini pembaikan bagi masalah kemerosotan prestasi PC Windows 11 menggunakan AMD Ryzen dijangka diterbitkan pada bulan ini.

343
0

Buat anda yang menggunakan CPU AMD Ryzen untuk komputer anda, anda mungkin perlu menangguhkan pemasangan Windows 11.

AMD dan Microsoft sebelum ini memaklumkan CPU AMD yang bersesuaian Windows 11 mungkin mengalami kemerosotan prestasi pada sesetengah aplikasi.

Ini secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap lebih dari 100 jenis pemprosesan AMD. Menurut AMD, salah satu isunya melibatkan peningkatan L3 latency yang menyebabkan kemerosotan prestasi.

Ia begitu ketara pada sesetengah aplikasi yang bergantung pada memori dan cache latency seperti permainan komputer.

Masalah lain ini terkait dengan fungsi “preferred core” AMD yang tidak berjalan seperti yang diiklankan. Preferred Core menentu tugas aplikasi-aplikasi ke teras paling pantas pada sesebuah CPU. Kemerosotan prestasi ini juga melibatkan CPU-CPU menggunakan kuasa lebih dari 65W.

AMD mengesahkan seluruh CPU Ryzen yang disokong Windows 11 terkesan dengan isu ini. Selain itu, CPU Athlon dan EPYC juga dilaporkan mempunyai masalah yang sama.

Buat masa ini masih belum terdapat laporan mengenai masalah yang sama dihadapi pada CPU-CPU Intel.

AMD menyatakan kemaskini pembaikan untuk perisian dan Windows akan diterbitkan pada bulan ini. Windows 11 kini sedia untuk dimuat turun sebagai naik taraf percuma untuk pengguna Windows 10.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.