Utama Apple Steve Jobs pernah berhajatkan Mac OS digunakan pada Komputer Dell

Steve Jobs pernah berhajatkan Mac OS digunakan pada Komputer Dell

Keadaan kini mungkin jauh berbeza jika Steve Jobs berjaya memujuk Dell untuk menggunakan Mac OS dan tidak menggunakan Windows.

106
0

Steve Jobs sebelum ini pernah dilaporkan berusaha meminta Dell untuk menggunakan sistem operasi NeXTSTEP dan Mac OS pada komputernya. Walaubagaimanapun, seperti yang diketahui Dell menggunakan Windows sebagai sistem operasinya.

Peristiwa ini telah dikongsikan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dell, Michael Dell ketika mempromosikan buku autobiografi baharu beliau. Menurut beliau, Steve Jobs meminta sistem operasi NeXT dipasangkan pada komputernya kerana ia didakwa “lebih baik daripada Microsoft Windows” pada ketika itu.

Dell says Jobs came to his house in Texas several times that year, trying to convince him to use the Next operating system on Dell PCs by arguing that it was better than Microsoft’s Windows software and could undermine the Unix workstation market being touted by Sun Microsystems. The problem, Dell says he told Jobs, was that there were no applications for it and zero customer interest.

Sistem operasi NeXTSTEP kemudiannya berubah sebagai Mac OS dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai macOS yang seperti kita ketahui pada hari ini.

Lanjutan dari penolakan dari Dell tersebut, Steve Jobs sekali lagi meminta Dell mempertimbangkan cadangan beliau pada tahun 1997. Ketika itu beliau sudah kembali semula untuk mengetuai Apple.

Kali ini beliau meminta Dell untuk memasang Mac OS bersama-sama Windows secara dual-boot. Cuma, melalui tawaran tersebut, Steve Jobs tidak memberi jaminan PC Dell berkenaan akan menerima kemaskini perisian di masa hadapan.

Sama ada langkah tersebut merupakan yang terbaik buat Mac atau tidak, kita tidak dapat memberikan jawapannya. Pastinya, keadaan pasti berbeza jika Dell menunaikan permintaan tersebut dengan menggunakan Mac OS pada komputernya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.