Utama Komputer AMD persoal integriti penanda aras Sysmark yang berat sebelah

AMD persoal integriti penanda aras Sysmark yang berat sebelah

623
0

AMD di dalam sebuah video YouTube telah menuduh pesaingnya, Intel dan syarikat konsortium penanda aras Sysmark, BAPCo berbohong dalam membuat ukuran perbandingan di antara pemproses.

Video berkenaan menampilkan John Hampton, Pengarah Bahagian Produk Komputer Klien AMD dan Tony Salinas, Pengarah Kejuruteraan di AMD Labs.

Pada kebiasaannya, pengguna, peminat dan media menggunakan penanda aras untuk menguji dan memberikan penarafan bagi prestasi sesebuah cip pemprosesan. Hasil dari penemuan dari penanda aras ini boleh mengakibatkan kemerosotan jualan disamping mewujudkan persepsi yang buruk terhadap satu-satu produk itu. Oleh itu, ukuran penanda aras yang jitu sangat penting untuk semua pihak yang terlibat.

Menerusi video berkenaan John Hampton mengajukan persoalan, “So truth or myth: is Sysmark a reliable, objective, unbiased benchmark to use in evaluating system performance? (Benar atau palsu: adakah Sysmark merupakan sebuah penanda aras yang boleh dipercayai, objektif dan tidak bias dalan menilai prestasi sistem?)”

Seterusnya Tony Salinas telah menunjukkan penemuannya dari penanda aras SYSmark, “In SYSmark, the Core i5 system scored 987, while a comparable AMD platform running an FX processor scored 659. That’s a delta of 50 percent. Quite astonishing and not realistic in what real life performance is like. (Di dalam SYSmark, sistem Core i5 mendapat markah 987, manakala platform AMD hampir setara yang menggunakan pemproses FX cuma mendapat markah 659. Perbezaan sehingga 50 peratus. Beza yang terlalu besar dan tidak realistik jika dibandingkan dengan prestasi sebenar)”

Beliau kemudian melakukan ujian pada komputer yang sama menggunakan PCMark 8, di mana sistem Core i5 mendapat markah 4,199, manakala AMD pula mencatatkan markah pada 3,908. Beza sekitar 7 peratus sahaja.

Untuk menguatkan lagi hujah mereka, kedua-dua wakil ini menggunakan skrip khusus yang dibangunkan di AMD untuk menjalankan Microsoft Office. Platform Intel dapat melakukan tugasan dalam tempoh 61 saat, manakala AMD pula pada 64 saat. Ini menunjukkan perbezaan sekitar 6 hingga 7 peratus, tidak banyak beza seperti yang telah ditunjukkan oleh PCMark 8.

“What we concluded is that Sysmark does not use realistic every day workloads, (Apa yang boleh kami simpulkan di sini adalah Sysmark tidak menggunakan beban tugas harian yang lebih realisitik)”, ujar John Hampton lagi sebelum menamatkan video demonstrasi berkenaan dengan pesanan buat pengguna supaya membaca dokumen terperinci Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (Federal Trade Commision) berkenaan apa yang Intel perlu terangkan berkenaan penggunaan penanda aras seperti Sysmark dan MobileMark.

-Sumber berita diperoleh dari Hot Hardware

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.