Teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka menyumbang antara RM13 bilion hingga RM20 bilion setiap tahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang tahun 2030.

Potensi teknologi AI kini bukan lagi sekadar harapan masa depan, malah telah mula menunjukkan sumbangan nilai ekonomi yang ketara di Malaysia.

Berdasarkan unjuran semasa, penggunaan teknologi ini mampu menambah antara 0.8 hingga 1.2 peratus kepada pertumbuhan KDNK negara pada setiap tahun.

Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, “Unjuran ini menunjukkan perubahan struktur yang mana AI bukan lagi hanya sisi sampingan kepada ekonomi, tetapi telah menjadi penyumbang penting kepada produktiviti, daya saing dan pertumbuhan negara”.

Sektor ekonomi digital yang semakin dipacu oleh AI telah menyumbang lebih daripada 23 peratus kepada KDNK negara pada tahun lalu.

Jumlah peratusan tersebut mencatatkan nilai ekonomi yang amat besar, iaitu melebihi RM450 bilion.

Kenyataan ini dikongsikan oleh beliau sewaktu berucap di Persidangan Belia Antarabangsa 2026 (ICYouth) yang kelima anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM).

Peralihan fokus terhadap teknologi dan infrastruktur AI membuktikan usaha dan komitmen berterusan kerajaan dalam memacu kemajuan digital. Peralihan struktur ekonomi ini amat penting untuk memenuhi aspirasi inovasi negara dan memastikan daya saing Malaysia kekal teguh di peringkat antarabangsa menjelang dekad yang akan datang.

Tinggalkan komentar