Utama Mobile Telco TPM: 85% Kawasan Luar Bandar Malaysia akan terima liputan 5G menjelang Disember...

TPM: 85% Kawasan Luar Bandar Malaysia akan terima liputan 5G menjelang Disember 2024

70
0
Teknologi Rangkaian 5G

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan kerajaan mensasarkan lebih dari 85% kawasan luar bandar akan terima liputan 5G menjelang akhir 2024. Sebelum ini, sasaran diletakkan sekurang-kurangnya 50% kawasan luar bandar menerima liputan pada pertengahan 2024.

Menurut Bernama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan baki 15% tersebut akan memasuki kawasan bergunung-ganang yang sukar untuk dicapai. Beliau juga memuji kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang amat progresif dalam membentuk idea dan wawasan beliau.

Timbalan Perdana Menteri juga menyatakan langkah ini perlu dilaksanakan kerana penduduk-penduduk juga wajar menerima kemudahan teknologi tersebut. Jelas beliau, pihak kerajaan tidak mahu penduduk bersusah payah demi mendapatkan akses internet.

Sungguhpun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menyediakan liputan 5G di kawasan luar bandar, beliau yakin kerajaan mampu melaksanakannya.

Dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memaklumkan pihak kementeriannya bersama-sama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengenalpasti perkampungan untuk dijadikan lokasi pemasangan peranti satelit Starlink.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.