Utama Teknologi Keselamatan 106,764 Alamat IP di Malaysia telah dikesan disyaki terlibat dengan Kandungan Tidak...

106,764 Alamat IP di Malaysia telah dikesan disyaki terlibat dengan Kandungan Tidak Senonoh bawah Umur

292
0
Alamat IP di Malaysia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Rina Mohd Harun memaklumkan pihak kementeriannya menyaksikan peningkatan bilangan alamat protokol internet (internet protocol, IP) berdaftar di dalam Malaysia yang disyaki berkongsikan kandungan lucah kanak-kanak.

Menurut beliau, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah merekodkan 106,764 alamat IP yang melibatkan aktiviti tidak senonoh tersebut dari 2017 sehingga Ogos tahun ini.

“Angka amat membimbangkan dan kempen ini kami jalankan untuk beri kefahaman juga kepada kanak-kanak. KPWKM melihat trend ini sebagai perkembangan tidak sihat terutamanya melibatkan golongan vulnerable memandangkan pendedahan kepada bahan pornografi kanak-kanak mendorong kepada ketagihan seks yang akhirnya boleh membawa kepada perlakuan seksual yang lain,”

Beliau berkata ketika sidang media seepas melancarkan kempen menentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Putrajaya hari ini.

Tambah beliau lagi, pihak kementerian menggunakan kempen tersebut sebagai inisiatif membantu dan memberikan panduan kepada kanak-kanak, ibu bapa dan komuniti dalam menghadapi cabaran dari segenap sudut jenayah siber.

Kempen tersebut mempunyai lima objektif iaitu meningkatkan pemahaman kanak-kanak dalam menggunakan media sosial secara bijak dan selamat, mengetengahkan bahaya penggunaan media sosial tanpa kawalan, dan meningkatkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan orang ramai berhubung penggunaan media sosial dikalangan kanak-kanak.

Menteri berkenaan juga menyatakan statistik kesalahan sosial melibatkan kanak-kanak. Dari Januari hingga Jun lepas, PDRM telah menerima laporan 47 kes rogol berkumpulan, 95 kes (seks luar tabii), 127 kes (sumbang mahram), 438 kes (cabul) dan 641 kes melibatkan jenayah rogol.

Pihak kementerian telah melaksanakan pelbagai usaha seperti menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Bersepadu Pengurusan Isu-isu Sosial Kanak-Kanak di media sosial pada 15 Jun 2021. Kementerian berkenaan juga memperkasakan perkhidmatan kaunseling di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Selain itu peranan komuniti turut diperkasakan dengan melantik 299 Pembantu Pelindung di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KPWKM juga akan menganjurkan Persidangan Kanak-Kanak kali pertama selama dua hari mulai esok, yang akan dihadiri Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) dari seluruh negara bagi mewakil suara kanak-kanak di negara ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.