Utama Komputer Pengeluar Cip China, Zhaoxin menghasilkan CPU 16nm KX-6000; Setara dengan Intel Core...

Pengeluar Cip China, Zhaoxin menghasilkan CPU 16nm KX-6000; Setara dengan Intel Core i5 Gen Ke-7

815
0

Zhaoxin Semiconductor Co. telah menghasilkan set CPU keluarannya sendiri yang dikenali sebagai siri KX-6000 berasaskan nod proses 16nm dari TSMC. Syarikat pengeluar semikonduktor ini merupakan milik bersama VIA Technologies dan kerajaan tempatan Shanghai.

Dari segi prestasi, CPU siri KX-6600 ini dilaporkan mampu menyaingi cip pemprosesan Intel Core i5-7400 sungguhpun pada kelajuan klok dipertingkatkan yang lebih rendah pada 3GHz. Di samping itu, pemproses KX-6600 lapan buah teras berbanding Core i5-7400 yang memiliki empat buah teras.

Hal ini mungkin dianggap bukan sesuatu yang besar oleh sesetengah pihak, namun penghasilan pemprosesan ini meruapakan satu pencapaian yang amat besar bagi Zhaoxin. Seterusnya memberi petunjuk kesediaan pengeluar semikonduktor dari China berkenaan bersaing di peringkat antarabangsa seiring dengan nama-nama besar lain seperti Intel, AMD, dan IBM.

Zhaoxin juga dilaporkan telah memulakan siri KX-6000 dalam peringkat pengeluaran, dengan keputusan ujian penanda arasnya telah muncul di laman GeekBench. Pengeluar cip ini juga menyatakan hasrat untuk melancarkan CPU gred pelayan keluarannya sendiri.

Sumber berita diperoleh dari Tom’s Hardware

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.