Utama Mobile Aplikasi YouTube kurangkan kualiti Penstriman Videonya di seluruh Dunia

YouTube kurangkan kualiti Penstriman Videonya di seluruh Dunia

YouTube akan memperluaskan pengurangan kualiti penstrimannya ke seluruh dunia dan bakal dilaksanakan dalam beberapa hari sahaja lagi.

694
0

Lebih kurang seminggu lalu, YouTube telah mengumumkan pengurangan kualiti penstrimannya di negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Kini, langkah berkenaan akan diperluaskan ke seluruh dunia dan bakal dilaksanakan dalam beberapa hari sahaja lagi.

Bloomberg melaporkan penonton akan ditetapkan pada definisi standard iaitu 480p secara default. Walaubagaimanapun, pengguna masih lagi boleh memilih untuk resolusi yang lebih tinggi iaitu 720p atau ke atas secara manual.

Buat masa ini, langkah berkenaan masih lagi belum dilaksanakan dan secara default, kualiti penstriman YouTube ketika ini bergantung pada kelajuan capaian internet semasa pengguna.

Langkah ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam keadaan penularan wabak COVID-19 pada ketika ini. Arahan kawalan pergerakan sepanjang wabak ini menyebabkan lebih ramai pengguna duduk di rumah dan tentunya, lebih ramai pengguna yang meluangkan masa mereka untuk menikmati perkhidmatan penstriman video seperti YouTube.

Netflix, Facebook dan Instagram terdahulu telah pun mengurangkan kualiti penstriman video masing-masing bagi pengguna-penggunanya di Eropah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.