Menteri Sains dan Teknologi, Encik Khairy Jamaluddin telah mendedahkan pihak kerajaan kini sedang membangunkan sebuah aplikasi yang membantu pihak berwajib melakukan pengesanan kontak dalam menghadapi wabak COVID-19. Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk memaklumkan mana-mana yang mungkin mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19.
Berdasarkan satu tweet awal hari ini, aplikasi ini sedang dibangunkan secara bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Bagaimanpun, Menteri Encik Khairy Jamaluddin tidak menyatakan tarikh pelancaran dan juga maklumat lanjut mengenai aplikasi berkenaan.
Satu app juga sedang dibangunkan dengan segera bersama @kkmm_gov untuk memudahkan contact tracing terutamanya selepas PKP tamat. The app will enable @KKMPutrajaya to alert people who have been exposed to those infected with COVID-19, an important mitigation strategy post MCO.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 25, 2020
Aplikasi ini dilihat mempunyai tujuan yang sama seperti aplikasi TraceTogether yang dibangunkan oleh Agensi Teknologi Kerajaan Singapura.
#TraceTogether to stay safe together! Download the community-driven contact-tracing app, which estimates proximity between users via Bluetooth signal. No personal data or geolocation data is tracked. #SGUnited pic.twitter.com/8suV9klUQ3
— GovTech (Singapore) (@GovTechSG) March 21, 2020
Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, Encik Vivian Balakrishnan baru-baru ini menyatakan kod sumber aplikasi berkenaan akan dijadikan sebagai sumber terbuka dan akan dikongsikan ke seluruh dunia.