Utama Android Samsung Samsung anjur Galaxy Space di APW Bangsar untuk Peminat Fotografi Telefon Pintar

Samsung anjur Galaxy Space di APW Bangsar untuk Peminat Fotografi Telefon Pintar

640
0
Samsung Galaxy Space APW-1

Untuk anda yang berhampiran dengan A Place Where (APW) Bangsar, anda mungkin boleh mengunjungi pameran Samsung Galaxy Space yang mengkhususkan pada siri Galaxy S23. Orang ramai dijemput hadir ke acara yang bermula dari 7 petang hari ini, 3 Mac 2023 sehingga jam 10 malam 12 Mac 2023.

Selain mengalami sendiri penggunaan kamera di Galaxy Space, pengunjung juga boleh mengambil dan berkongsikan foto kenangan di sana dengan menggunakan tanda pagar #ShareTheEpic dan #Send2MeLah. Terdapat empat zon eksperiensial merangkumi  The Alley, The Ballie, The Escape dan Splash Art.

Selepas meneroka keempat-empat zon terbabit, pengunjung boleh mengumpulkan empat cop untuk menebus kopi percuma.Samsung Galaxy Space APW

Samsung juga bekerjasama dengan pasar Pingmin di mana para pengunjung boleh mengasah kreativiti masing-masing dengan sejumlah bengkel yang diatur sepanjang pameran Galaxy Space berlangsung. Tidak ketinggalan, aktiviti lain seperti busking, pertempuran tarian k-pop dan banyak lagi turut diadakan bagi memeriahkan lagi pameran tersebut.Samsung Galaxy Space APW Hakken

Anda juga berpeluang bertemu dengan cosplayer popular dari Sarawak Hakken di dama sesi bertemu peminat pada 4 Mac 2023 jam 2 petang. Daftar minat anda segera menerusi Samsung Malaysia atau imbas kod QR anda di Galaxy Space untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM20.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.